Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Sunday, August 7, 2016

Memaafkan VS Melupakan. Mampukah Kita?




Walaupun mungkin sukar memaafkan seseorang itu tidaklah mustahil. Kita mampu untuk memaafkan seseorang yang telah melakukan sesuatu yang amat buruk kepada kita.Tetapi,mampukah kita untuk melupakan apa yang terjadi?

Kerap kali kita mendengar kata-kata yang sedap didengar,kerana struktur ayatnya ibarat syair yang indah. Kata-kata seperti inilah yang kerap kali kita kongsi (share) di media sosial kita kerana keindahannya menyentuh jiwa.

Tetapi, bunyi yang indah tidak mencukupi.Maksudnya perlu indah juga.Lebih penting daripada itu,keindahan itu perlu disusuli dengan kebenaran. Tidak semua yang indah itu benar. Kata-kata yang indah itu apabila diteliti,rupa-rupanya kosong dalam maknanya.

Jadi kita tidak boleh benarkan diri kita tertipu dengan kata-kata indah ibarat seorang insan tertipu dengan janji-janji manis pasangannya.Kita perlu lebih fokus kepada isinya,bukan kulitnya. Walaupun kulitnya cantik, tetapi isinya mungkin kosong.

Antara kata-kata indah yang kerap kali kita share adalah forgive and forget. Sekilas pandang, ayat ini sebagai satu nasihat kepada mereka yang kesedihan akibat perbuatan orang lain. Tetapi apabila diteliti maknanya,kita mungkin akan berfikir dua kali sebelum berikan nasihat itu kepada mereka yang terluka hatinya.

Sebagai seorang manusia,banyak perkara yang kita boleh lupakan secara sengaja ataupun tidak. Tetapi apakah kita mampu melupakan kesakitan kita yang dirasai tatkala seseorang melakukan sesuatu keburukan ke atas kita?

Tidak dinafikan,sekiranya kita mampu melupakan perkara buruk yang berlaku,kita akan melakukannya tanpa banyak persoalan kerana tiada sesiapa yang ingin mengingati memori yang menyakitkan.


CC: Aiman Azlan, Blogger & Penulis Buku.
Majalah Iman. 
 

Pengat Durian


Sangat2 berlemak. Mudah nak buat. Saya letak dengan biji sekali sebab boleh rasa isi durian. Itu sebab juga saya tak kisar isi durian. So, tak payah cakap banyak, jom tengok resepi.


Oleh : Nanni Parveen


Bahan- Bahan : -

20 ulas isi durian
1/2 biji kelapa parut isi putih shj
3 cawan air
1/2 cawan susu cair
Sehelai daun pandan
Gula secukup rasa
1/2 sudu kecil garam

Caranya : Masukkan air dan kelapa parut ke dalam blender dan kisar sehingga sebati. Kemudian amik santannya. Buka api, masukkan separuh santan bersama isi durian, garam dan daun pandan. Sebatikan. Agak mendidih, masukkab susu cair dan baki santan lagi. Masukkan gula dan sebatikan. Bila dah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.
Senang je kan..? Selamat mencuba..!

Saturday, March 5, 2016

Cocktail Agar-Agar & Buah


Assalamualaikum,

Sekarang ini musim panas..dah jemu la pulak makan ABC dengan Cendol...Di  sini hari ini saya share 1 resepi yang sedap lagi mengiurkan...hehe...
Mudah nak buat tau..jadi tiada alasan untuk tidak buat..
Ok jom tengok resepi..

Ini antara bahan2 yang digunakan..Cuma perwarna je tak ada.

Ok,ini cara buat dan yang dah siap..

Ini resepinya..


Resepi Asal : Naazira Parveen.

Bahan A :
1/2 paket serbuk agar2 10/11g
Air secukupnya
Gula
Pewarna pink,biru,hijau & ungu.

* Guna agar2 yang clear / tidak berwarna.
* Air guna separuh dari yg dinyatakan di belakang paket agar2.
* Gula gunakan separuh tp kurangkan sedikit sbb cocktail dah manis.

Bahan B :
1 tin susu cair
1 tin buah peach (sekali dgn air gulanya)
Susu pekat secukupnya.
Susu dutch lady secukupnya.
Ice cube secukupnya.

Caranya :
Masak serbuk agar2 dengan air dan gula sehingga mendidih..bahagi kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.sejukkan agar2 sehingga keras dan potong besar2 atau ikut bentuk yg anda suka.
Untuk cocktail, masukkan 1 tin buah peach berserta air gulanya sekali,kemudian masukkan susu cair dan susu pekat..susu pekat agak2 manis yang kita nak.. Kemudian, masukkan susu dutch lady untuk mengurangkan kepekatan..jangan terlampau pekat atau cair..masukkan agar2 yang dipotong tadi dan kacau sebati. Sedia dihidang...bila nak makan baru letak ice.. makan sejuk2 memang sedap! 


Selamat mencuba!


Wednesday, March 2, 2016

~ 3 Ciri Menilai Peribadi ~



Khalifah Umar al-Khattab punya tanda arasnya tersendiri dalam menilai peribadi seseorang. Katanya, 3 ciri pekerti mulia iaitu :-

1) Sayang menyayangi sesama insan sebahagian daripada kebijaksanaan.

2) Pengurusan yang baik sebahagian daripada kehidupan.

3) Pertanyaan yang baik sebahagian daripada ilmu.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, at-Tabrani dan Baihaqi, daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda maksudnya, "Bersikap lemah lembut kepada manusia merupakan sedekah".

Hadis ini menjelaskan bahawa mereka yang bersikap lemah lembut dan memiliki perkerti mulia akan dibalas dengan pahala yang sama dengan pahala sedekah.

CC: Iman,Bil.49

Sunday, February 14, 2016

✿ Jenis - Jenis Syafaat Nabi SAW ✿


Kitab Fathul Bari syarah Sahih Bukhari menyenaraikan beberapa syafaat Nabi saw. Antaranya :-

Melepaskan manusia daripada kesusahan di padang mahsyar.

Masuk ke syurga tanpa hisab.

Mereka yang berada antara syurga dan neraka.

Menyegerakan penghuni syurga masuk ke syurga.

Mereka yang tidak menyekutukan Allah.

Mengangkat darjat seseorang di syurga.

Keringanan azab Abu Talib. (syaafaat ini khusus untuk bapa saudara Rasulullah saw. Tidak ada seorang pun yang dapat memberikan syafaat kepada orang kafir, kecuali Baginda saw. Ia dijelaskan oleh Abbas bin Abdul Mutalib, katanya, "Wahai Rasulullah, apakah Tuan boleh memberi manfaat kepada Abu Talib,dahulu dia memeliharamu dan membelamu?" Jawab Baginda saw, "Benar,dia berada di neraka yang paling ringan, kalau bukan kerana aku nescaya dia berada di neraka yang paling bawah". - {HR Bukhari dan Muslim} ).


CC: Iman,Bil 47 

 

Saturday, November 7, 2015

۩۩ Di Manakah Sempadan Tanah Haram ? ۩۩

Ramai yang mungkin bertanya, di mana sempadan Tanah Haram. Apakah keseluruhan kota Mekah, atau hanya berlegar di sekitar Masjidil Haram? Atau adakah Tanah Haram itu termasuk di dalam kota Madinah yang juga digandingkan dalam sebutan al-Haramain (dua Tanah Haram) yang merujuk kepada kota Mekah dan Madinah.

Dr Widus ketika menerangkan hal tersebut menjelaskan,adalah penting untuk seseorang mengetahui sempadan Tanah Haram yang sering disebut-sebut di dalam nas. Ini kerana ia berkait rapat dengan penentuan hukum. Justeru ujarnya, Imam an-Nawawi telah menyenaraikan sempadan Tanah Haram sebagaimana berikut :-

1- Arah Barat : Jalan Jeddah - Mekah di Asy - Syumaisi (Hudaibiyah), jaraknya kira-kira 22 km dari Kaabah.

2- Arah Selatan : Di Idha'ah Liben (Idha'ah bermaksud tanah,manakala liben pula nama bukit), jalan Yemen - Mekah dari arah Tihamah, sejauh 12 km dari Kaabah.

3- Arah Timur : Di tepi Lembah 'Uranah Barat, lebih kurang 15 km dari Kaabah.

4- Arah Utara : Sempadannya adalah Tana'im, terletak kira-kira 7 km dari Kaabah.

5- Arah Timur Laut : Jalan menuju Ji'ranah dekat dengan daerah Syara'i Al-Mujahidin,berjarak 16 km dari Kaabah.

Jelas Dr Widus, terdapat perbezaan antara Tanah Haram dan Masjidil Haram.Seperti dihuraikan oleh Ibnu al-Qayyim, dalam al-Quran Masjidil Haram memiliki 3 pengertian iaitu :-
~ Baitullah (Kaabah)
~Tanah Haram.
~ Masjidil Haram dan sekitarnya.

Sementara Imam An Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu' menambhakan satu lagi pengertian selain yang disebutkan di atas iaitu Kota Mekah itu sendiri.


CC : Iman, Bil 44.

Sunday, August 30, 2015

♕ Kanak - Kanak Merindui Rasulullah SAW ♕

Pada zaman Rasulullah SAW memerintah, terdapat seorang budak lelaki bernama Tsauban yang sangat kagum terhadap keperibadian baginda. Malah hampir setiap hari Tsauban akan merindui Rasulullah SAW sekiranya tidak berpeluang untuk berjumpa. Sekiranya dia tidak dapat berjumpa dengan Rasulullah SAW, dia akan bersedih hati, murung dan menangis. Apa yang dirasakan oleh Tsauban juga dapat dirasai oleh Rasulullah SAW dan merasakan bertapa Tsauban sangat mengasihinya.


Pada suatu hari, Tsauban telah berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk melepaskan kerinduannya. "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit apaapa. Cuma saya sangat bersedih jika berpisah dan tidk bertemu dengan Rasulullah walaupun sekejap. Jika saya sudah bertemu dengan Rasulullah, barulah hati saya tenang dan gembira sekali," beritahu Tsauban sambil memandang wajah Rasulullah SAW yang bercahaya dan berseri-seri.

Rasulullah SAW memegang ubun-ubun budak itu dengan perasaan kasih sayang seolah-olah sedang bermesra dengan cucunya. Manakala Tsauban pula berasa kerinduannya telah hilang apabila dapat bertemu dengan Rasulullah SAW.

"Apabila memikirkan hari akhirat, hati saya bertambah cemas kerana bimbang tidak dapat lagi bersamamu, Ya Rasulullah. Kedudukanmu sudah tentu berada di Syurga yang lebih tinggi sedangkan saya tidak pasti sama ada di syurga paling bawah atau mungkin tidak dimasukkan ke syurga langsung.Jika ini berlaku,sudah tentu saya tidak akan bertemu Rasulullah lagi," ujar Tsauban sedih.

Mendengar kata-kata itu, Rasulullah SAW sangat terharu dan berkata, "Semoga Allah mendengar keinginanmu asalkan sahaja kamu melakukan amal kebaikan semasa di dunia. Lagipun urusan syurga dan neraka itu urusan Allah," jelas Rasulullah SAW lagi.

Setelah berlaku peristiwa itu,turun wahyu daripada Allah kepada Rasulullah SAW bermaksud, "Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya,mereka itu bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para sadikin, mereka yang mati syahid dan orang-orang yang soleh". Mendengar jaminan itu Tsauban berasa gembira dan hatinya tenang sekali.
 

CC: "Aku Sanggup Duhai Muhammad, Muhd Nasruddin Dasuki.