Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Sunday, October 10, 2010

Adap Berbincang Dan Bermesyuarat

Mesyuarat atau perbincangan merupakan suatu amalan baik yang menggambarkan sikap kerjasama dalam melaksanakan sesuatu perkara atau membentuk sesuatu keputusan. namun, seringkali kita terlupa malah menganggap remeh adap-adap yang perlu dijaga sewaktu menghadiri perbincangan atau mesyuarat.


Antaranya ialah :
1. Melantik seorang ketua yang boleh memimpin kumpulan perbincangan.

2. Berbincang atau bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah yang timbul secara baik. Bagi pelajar, berbincang untuk memahami pelajaran.

3. Memulakan perbincangan dengan membaca Ummul Kitab (al-Fatihah) agar mesyuarat berjalan lancar dan diberkati oleh Allah s.w.t.

4. Menghormati ketua yang dilantik untuk mengendalikan perbincangan.

5. Memberi pandangan jika diminta atau dirasakan boleh membantu menyelesaikan masalah.

6. Tidak bergaduh atau bertikam lidah sesama sendiri kerana merasakan pandangannya betul.

7. Bertolak ansur dengan orang lain, cuba menenagkan suasana dengan sikap sabar.

8. Memberi sokongan moral kepada cadangan yang baik dan menambah idea jika ada.

9. Menutup majlis dengan meminta maaf dan berharap mendapat suatu penyelesaian yang baik.

10. Melaksanakan apa yang dibincangkan dan mengingatkan rakan-rakan.

No comments:

Post a Comment