Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Saturday, October 9, 2010

Malaikat Mikail

  Malaikat Mikail adalah salah satu di antara empat malaikat yang menjadi pembesar seluruh malaikat. Ia diciptakan oleh Allah s.w.tt sesudah malaikat Israfil dengan selisih kira-kira lima ratus tahun. Ia dijadikan dari Nur (cahaya). Mulai dari kepala hingga kedua telapak kakinya berbulu za'faron. Di atas setiap bulu-bulunya, terdapat muka (wajah) sebanyak satu juta. Setiap satu wajahnya mempunyai satu juta mata.

 Tiap-tiap mata sentiasa menangis untuk memohon rahmat bagi orang-orang mukmin yang berdosa. Selain itu, tiap-tiap wajah mempunyai mulut sebanyak satu juta. Sedang tiap-tiap mulut mempunyai lidah sebanyak satu juta pula. Tiap-tiap satu lisan boleh mengucapkan satu juta bahasa. Padahal tiap-tiap lisan membaca istighfar untuk orang-orang mukmin yang berdosa. Kemudian tiap-tiap mata menitiskan air mata tujuh ribu titisan. Lalu tiap-tiap titisan air mata itu Allah menciptakan malaikat satu yang serupa dengan bentuk malaikat Mikail. Tugas mereka adalah membaca tasbih sampai hari kiamat. Mereka itu bernama Karuubiyyuun. Di samping bertasbih, mereka itu bertugas sebagai pembantu malaikat  Israfil menjalankan tugas, iaitu membahagi hujan, menjaga tumbuh-tumbuhan membahagi rezeki, dan buah-buahan.

 Dan disebutkan, bahawa tiap-tiap sesuatu yang berada di dalam laut, buah-buahan yang berada di pohon dan tumbuh-tumbuhan yang berada di atas bumi, diutus oleh Allah s.w.t satu malaikat untuk menjaganya. Jadi tiap sebiji buah misalnya, ada malaikat yang ditugaskan untuk menjaganya.

TUGAS-TUGASNYA YANG LAIN
Disamping malaikat Mikail bertugas sebagai pembahagi rezeki dan hujan, ia sering mendampingi malaikat Jibril dalam melaksanakan tugas-tugasnya. Di antaranya :

a) Waktu Malaikat Jibril menjalankan tugas membelah dada Nabi Muhammad s.a.w untuk dicuci hatinya, kerana akan diisi dengan iman, Islam , yaqin dan sifat-sifat terpuji lainnya. Ketika itu peranan malaikat Mikail tidak kalah pentingnya, ia datang, pergi untuk mengambil air Alkautsar / air zam-zam untuk mencuci hati Nabi s.a.w.

b) Disebutkan bahawasanya malaikat Mikail juga sebagainya pesuruh untuk menyampaikan lembaran kepada malaikat maut dari sisi Allah s.w.t. Dalam lembaran itu tertulis nama orang yang diperintahkan untuk mencabut nyawanya, tempatnya dan sebab musabab pencabutan.




Rujukan : Himpunan Kisah-Kisah Malaikat.

No comments:

Post a Comment