Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Sunday, October 3, 2010

Mata & Tangisan



Mata kita berbentuk seperti bola. Lapisan hadapan bola mata, iaitu kornea adalah lutsinar. Ia berfungsi untuk melindungi mata. Cahaya masuk ke dalam mata melalui bukaan kecil yang dipanggil anak mata. Iris ialah bahagian mata yang berwarna dan ia berfungsi untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata. Kanta mata akan membiaskan cahaya dan memfokuskannya kepada retina. Imej akan terbentuk pada retina kita. Walaupun imej itu tertonggeng, otak menafsirkannya tegak.

Mata orang LELAKI adalah lebih besar daripada mata orang PEREMPUAN, iaitu lebih kurang 0.5mm.

Perempuan mengeluarkan tangisan dengan suara yang didengari orang sebanyak 64 kali dalam setahun manakala lelaki menangis seperti itu sebanyak 17 kali dalam setahun.

Mata manusia amat sensitif. Ia boleh melihat cahaya api lilin yang terletak sejauh 1.6 km sewaktu dalam gelap.


APAKAH ITU AIR MATA ? 

 Mata manusia boleh dicuci dengan berkelip. Kelenjar mata menghasilkan rembesan yang berbentuk cecair masin yang mencuci mata. Cecair masin itu ialah air mata. Terdapat kelenjar air mata di bahagian belakang hujung kelopak mata atas. Kelenjar air mata ini berbentuk dan bersaiz seperti sebiji buah badam.

Cecair daripada kelenjar itu mengalir melalui mata turun ke bahagian hidung melalui saluran air mata yang terdapat di bahagian sudut dalam mata. Apabila seseorang itu ketawa dengan kuat atau menangis, otot-otot dalam kelopak mata  bahagian atas akan memerah kelenjar air mata menyebabkan air mata keluar dengan deras.

Air mata yang keluar dari mata dapat membunuh penyakit sakit migrain. Ini kerana otak terus bertindak balas ketika ada ketidakstabilan pada keseimbangan tubuh.




10 JENIS TANGISAN

Pelbagai jenis kajian tentang tangisan membahagikan tangisan kepada 10 jenis iaitu :-
1-  Tangisan takut dan cemas.

2-  Tangisan sayang dan belas kasihan.

3-  Tangisan cinta dan rindu.

4-  Tangisan gembira dan bahagia.

5-  Tangisan putus asa kerana sakit dan tidak sanggup menanggungnya.

6-  Tangisan kemunafikkan, air mata bercucuran namun hati sekeras besi.

7-  Tangisan kesedihan. Tangisan kesedihan berbeza dengan tangisan ketakutan.Tangisan kesedihan terjadi kerana adanya peristiwa yang tidak menyenangkan atau tidak tercapainya keinginan pada masa lalu.

8-  Tangisan komersial, iaitu tangisan para pengiring jenazah (berlaku pada zaman jahiliah kerana ingin  mengharapkan upah).

9-  Tangisan persetujuan ialah seseorang yang melihat manusia yang sedang menangis kerana satu peristiwa  lalu dan dia menangis bersama mereka sementara dia sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan mereka menangis.

10- Pura-pura menangis iaitu tangisan yang menutut sebuah ganjaran / balasan.


MENAHAN AIR MATA MENYEBABKAN TUMBUHNYA RACUN

Seorang ilmuwan Amerika, Arther Freunk berkata : " Oleh kerana air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur racun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Oleh kerana itu, kepekaan perasaan fitrah perempuan untuk menangis lebih banyak daripada kaum lelaki, maka secara jelas usia hidup mereka lebih panjang daripada usia lelaki. Perkara itu kerana, perempuan boleh membebaskan diri dari peratusan racun yang keluar melalui tangisan".



AIR MATA SIAPA YANG TERMAHAL?
a) Ibu
b) Ayah
c) Anak remaja
d) Orang yang dizalimi.


PENJELASAN TENTANG MENANGIS
~Air mata dikategorikan sebagai sifat semulajadi manusia dan haiwan yang cerdik.

~ Tumor boleh terjadi dengan sebab sedikitnya jumlah air mata yang keluar dari kelenjar air mata berpunca dari radangan tahap pertama atau tahap kedua-dua di dalam kelenjar mengiringi sebahagiantumor sendi tulang atau tumor-tumor lain.

~Air mata mengandungi 25% protein. Ketika para ilmuwan melakukan kajian tentang air mata, mereka menemui bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian dari zat besi terutama magnesium. Magnesium ini adalah bahan racun di mana manusia boleh bebas daripadanya semasa dia menangis.


Rujukan : Ensiklopedia Sains Sekolah, Jilid 2 & Hikmah Terapi Air Mata Menangis Kerana Allah.

No comments:

Post a Comment