Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Sunday, October 10, 2010

Mengapa Kita Berdengkur?


Bunyi ketika tidur dinamakan berdengkur. Tahukah kita bagaimana terjadinya bunyi tersebut?

Ketika kita bernafas, udara mengalir masuk melalui bahagian lembut di bahagian tekak seperti lelangit, tonsil dan lidah. Ketika kita berjaga, otot-otot tekak menjadi tegang untuk memperketatkan bahagian-bahagian lembut di tekak agar tidak menghalang pengaliran udara. Apabila kita tidur, otot-otot tersebut menjadi longgar menyebabkan anak tekak jatuh ke belakang sehingga menyempitkan saluran pernafasan. Akibatnya, pengaliran udara terhalang yang mengakibatkan bahagian-bahagian tekak bergetar. Ini menyebabkan pernafasan berbunyi.

Orang yang kuat berdengkur biasanya mempunyai saiz lelangit, anak tekak, tonsil dan lidah yang terlalu besar. Ia juga disebabkan otot-otot yang terlalu kendur sewaktu tidur, terutamanya jika seseorang itu terlalu letih, gemuk, atau mengalami kebengkakan pada tonsil.

Selain itu, orang yang mempunyai leher besar (melebihi17 sentimeter) dan pendek biasanya mempunyai lelangit, anak tekak, tonsil dan lidah yang besar. Bahagian-bahagian yang besar itu menyempitkan saluran pernafasan dan menyukarkan pernafasan yang mengakibatkan seseorang itu berdengkur sewaktu tidur.


Rujukan : Pendidik, Mac 2000.

No comments:

Post a Comment