Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Monday, October 4, 2010

ReaLiti KeHiduPan…


Sayang,
Hidup ini penuh dengan dugaan,
Dan juga cabaran,
Kadang kala tenang,
Kadang kala bergelora,
seperti air di lautan.

Sayang,
Hidup ini memerlukan pengorbanan,
Biarpun pengorbanan tidak dapat
Dilihat denan mata kasar,
Tetapi,
Dengan pengorbanan,
Kita diingati...
Walaupun pengorbanan yang dilakukan,
Hanya sebesar zarah.

Sayang,
Hidup memerlukan kita berusaha,
Biarpun kadangkala usaha kita
Mencapai kegagalan,
Namun,
Kegagalan itu mematangkan diri kita...
Bak kata pepatah,
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian…

Sayang,
Hidup ibarat lilin,
Setiap saat yang datang dan berlalu,
Cukup berharga bagi kita…
Andai lilin itu terpadam,
Maka tamatlah riwayat hidup kita.

No comments:

Post a Comment