Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Monday, October 11, 2010

Perang Paling Lama & Paling Pendek

Perang yang mengambil masa paling lama ialah perang antara England dan Perancis, iaitu selama 115 tahun. Perang ini yang disebut Perang Satu Ratus Tahun bermula pada tahun 1338 dan berakhir pada tahun 1453.


Sementara itu, perang yang paling pendek ialah perang di antara United Kingdom dan Zanzibar, iaitu dari pukul 9.40 pagi pada 27 Ogos 1896. Selama 38 minit kapal perang United Kingdom telah melepaskan tembakan meriam bertubi-tubi yang menyebabkan  Raja Zanzibar, iaitu Sultan Said Khalid dan para pengikutnya menyerah diri tanpa sebarang tentangan.

Rujukan : Kuntum, Mei 2003.

No comments:

Post a Comment