Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Thursday, October 14, 2010

Uji Minda


Jom kita menguji minda kita.. Semoga anda gembira dan terhibur.

1- Bagaimanakah untuk menolak TV melalui lubang yang kecil ?

2- Apakah yang semakin dicuci semakin kotor?

3- Bagaimanakah anda membalut api dengan kertas?

4- Apakah yang berkaki 4 bila kecil, berkaki 2 bila besar, dan berkaki 3 bila tua?

5. Bagaimankah hendak memetik anak mancis di bawah air?

6. Sebuah jambatan sepanjang 6km dapat menampung berat sebanyak 3 tan sahaja. Sebuah lori yang beratnya cukup-cukup 3 tan, memulakan perjalanannya menyeberangi jambatan. Apabila berada separuh di atas jambatan itu, seekor burung hinggap di atas lori itu. Adakah jambatan itu roboh?



                                                      JAWAPAN 

1-  Ambil sehelai kertas, tebuk lubang kecil, letakkan di hadapan TV, masukkan jari anda dan tolaklah TV tersebut.

2- Air.

3- Tanglung yang diperbuat daripada kertas.

4-  Manusia. (Bayi : merangkak,jd berkaki 4, kanak-kanak hingga dewasa berjalan iaitu berkaki 2  dan orang tua berjalan berkaki tiga iaitu dengan menggunakan tongkat).

5- Ambil segelas berisi air dan nyalakan mancis dibawahnya.

6- Tidak, kerana jumlah petrol yang terbakar sepanjang perjalanan 3km sudah tentu cukup untuk digantikan dengan berat burung tersebut.

      

No comments:

Post a Comment