Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Tuesday, November 30, 2010

Apakah Novel Melayu Pertama?

  
Di Malaysia ini, didapati ramai yang meminati novel tanpa mengira usia, jantina mahupun agama. Namun, seramai manakah yang mengetahui apakah novel melayu asli yang pertama? Mungkin ramai yang tidak tahu tentangnya.


  NOVEL Melayu asli pertama ialah yang berjudul Kawan Benar yang ditulis oleh Ahmad Bin Muhammad Rashid Talu, pada 1927. Kawan Benar mengisahkan kecurangan seorang suami dan berlaku di Pulau Pinang. 

  Ahmad Muhammad Rashid Talu yang merupakan seorang guru agama turut menghasilkan Lakah Salmah pada tahun 1928, Dua Belas Kali Sengsara (1929), Siapa Jahat (1930), dan beberapa buah novel lagi. Tetapi sebelum Kawan Benar, telah terbit sebuah novel Melayu pertama, iaitu Hikayat Faridah Hanum, yang diterbitkan pada 1925, dan ditulis oleh Syed Sheikh al-Hadi. Novel ini juga turut dikenali dengan judul Setia Asyik Kepada Masyuknya.

  Namun demikian, Hikayat Faridah Hanum adalah sebuah novel saduran dan berlatarbelakangkan negeri Mesir dan mengisahkan pergelutan dan konflik hidup. Walaupun ditulis pada tahun 20-an, novel ini telah memaparkan persoalan manusia zaman moden, iaitu masalah percintaan, penyesuaian muda-mudi Islam dengan pengaruh budaya Barat, masalah moral dan sosial, pembahagian harta pusaka dan persoalan hak kaum wanita.
   
Kuntum, September 1999. 

No comments:

Post a Comment