Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Friday, November 12, 2010

Kisah Pahala Berhijrah

Berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, Abdullah Bin Umar berkata ada seorang lelaki telah meninggal dunia di mana tempat kelahirannya adalah di Madinah. Selesai Rasulullah menyembahyangkan jenazah ini, Rasulullah s.a.w bertanya, adakah dia meninggal di tempat yang lain. Para sahabat bertanya :" Mengapa di tempat yg lain?" Rasulullah bersabda : "Sekiranya dia meninggal di tempat lain,sudah pastilah, tempat lahir dan di tempat dia meninggal itu akan diukur oleh para malaikat, dan diberi pahala sebanding ataupun sejarak di antara tempat dia lahir dan tempat dia meninggal."


Pengajaran :
a) Orang yg keluar mencari rezeki, semakin jauh jaraknya dengan tempat kelahirannya, semakin banyak pahalanya.

b) Orang yg meninggal dunia di perantauan lebih baik drpd meninggal di tanah kelahiran sendiri.

c) Allah menyuruh kita bersungguh-sungguh mencari rezekimeskipun terpaksa meninggalkan tempat kelahiran.

d) Mencari rezeki di mana sahaja tdk kira di barat, utara dan selatan. Akan tetapi rezeki yg dicari mestilah rezeki yg halal dan diberkati allah.

     

No comments:

Post a Comment