Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Saturday, November 27, 2010

Salah Menggelarkan Alam Ini Sebagai Alam Semula Jadi

Sebahagian orang ada yang menggelar alam ini sebagai "alam semula jadi". Contohnya, ketika berkelah di taman, mendaki gunung, meneroka hutan atau berdayung, ada di antara kita yg berkata " Kami sedang mengecapi kecantikan alam semula jadi" atau "Sungguh indah alam semula jadi ini". Selain itu, ada juga yang menggelar alam ini sebagai "Mother Nature" kerana terikut-ikut kepada gelaran yang biasa digunakan oleh orang Barat.


Sebenarnya ini adalah gelaran yang salah kerana alam ini tidak terjadi dengan sendirinya. Alam ini adalah ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah berfirman :

   Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah,kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. { al- A'raaf 7:54}


Malah keindahan alam ini sepatutnya menjadi faktor yang mengingatkan seseorang kepada penciptanya, tidak sebaliknya. Oleh itu, tidak sepatutnya kita menggelar alam ini sebagai "semula jadi" tetapi sebutlah ia sebagai "alam ciptaan Allah".

   

No comments:

Post a Comment