Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Sunday, January 16, 2011

Adakah Dosa Berkenaan Ditanggung Oleh Masyrakat Sekiranya Menggunakan Khidmat Doktor Bukan Muhrim??


Umum mengetahui bahawa lelaki tidak boleh menyentuh perempuan yang bukan muhrim. Namun bagaimanakah  keadaan seorang wanita yang pada setiap kali melahirkan anak telah disempurnakan oleh doktor lelaki walaupun pada masa itu terdapat juga doktor wanita di sisi yang hanya memerhatikan sahaja sehingga selesai proses kelahiran??Apakah berdosa dan jika demikian, adakah dosa itu akan dipertanggungjawabkan ke atas suami wanita berkenaan??

Masalah yang dihadapi oleh wanita berkenaan itu adalah masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu insaf di negara kita. Sewaktu masyarakat kita berbidankan orang kampung, perkara ini tidak timbul. Malangnya, ilmu perbidanan lambat berkembang dalam masyarakat Islam dan akhirnya kita terpaksa mengimport dari Barat. Meskipun ilmu dan kepakaran itu amat baik sekali, namun kita terpaksa juga menerimanya. Mahu tidak mahu, gaya hidup mereka berkait rapat dengan ilmu dan kepakaran itu, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu.

Adalah menjadi kewajipan seluruh masyarakat secara umum dan kerajaan juga supaya memisahkan ilmu dan kepakaran yang murni itu daripada kekotoran gaya hidup di mana ia dikembangkan. Semua orang berdosa jikalau gagal mengubah realiti ini dalam jangka masa yang munasabah. Sementara wanita berkenaan juga menjadi mangsa kepada kegagalan masyarakat dalam mengubah realiti gaya hidup yang tersemat sama dengan kepakaran berkenaan.

Wanita berkenaan memerlukan kepakaran itu dan terpaksa menerima realiti itu. Begitu juga dengan kedudukan suami wanita berkenaan. Ringkasnya, apa yang terpaksa dilakukan oleh wanita berkenaan itu, dosanya ditanggung oleh masyarakat mengikut peranan sosial dan usaha masing-masing untuk mengatasinya.

*Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi, Anda Bertanya, Saya Menjawab Tentang Masalah Agama.

No comments:

Post a Comment