Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Sunday, January 9, 2011

Kenali Buah Delima

  • Buah Delima : Punica Granatum (nama saintifik).
  • Buah delima berasal dari kawasan Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. 
  • Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, ia dibawa ke China oleh Dinasti Han kira-kira 100 tahun sebelum masihi dan digunakan sejak berabad lalu sebagai bahan perubatan tradisional.
  • Di beberapa kawasan di Iran dan Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah pernafasan berbau. Ia turut membantu membersihkan mulut dan gigi serta mencegah jangkitan mulut.
  •  Buah delima juga menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
  • Ada tiga jenis delima iaitu delima putih, merah dan ungu. Namun delima paling terkenal untuk dijadikan ubat adalah delima merah. 
  • Kulitnya mengandungi asid tannin yang berkesan untuk menangani masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. 
  • Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. 
  • Ia membantu membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Buahnya yang masam juga boleh mencegah daripada muntah.
  • Ia juga kaya dengan sodium, riboflavin, tiamin, niacin, vitamin C, kalsium dan fosforus yang dapat membantu mengurangkan beberapa masalah kesihatan termasuk radang perut, tekanan darah tinggi serta melegakan cirit-birit.
  • Tidak hanya membantu menangani masalah kesihatan, buah delima mengandungi kandungan aktif agen pencerah kulit yang berkesan selain mengandungi bahan antioksidan yang dapat merangsang pengeluaran elastin dan kolagen sihat yang bermanfaat pada kulit.
- Rosmaliana Aida Mohd Adnan, 6 Jan 2011, Harian Metro.

No comments:

Post a Comment