Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Thursday, January 27, 2011

Khasiat & Fadhilat Surah AL-Kautsar


Ertinya : Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka Dirikanlah Solat kerana Tuhanmu , dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

  • Sesiapa yang membaca surah ini, di akhirat kelak ia dapat minum air sungai yang mengalir dalam syurga dengan kurniaan Allah.
  • Jika diamalkan surah ini bersungguh-sungguh, nescaya lembut hatinya dan sentiasa taat dan khusyu' kepada Allah taala.
  • Jika dibaca surah ini sebanyak 100 kali pada mata air yang kurang airnya, nescaya menjadi banyak airnya itu.
  • Untuk mengelakkan dari kena penjara, sekalipun setelah dijatuhi hukuman, bacalah surah ini sebanyak 71 kali.
  • Supaya ditunaikan segala hajat , bacalah surah ini sebanyak 1000 kali.
  • Jika dibaca surah ini pada air mawardan disapukan airnya ke mata setiap hari, nescaya bertambah terang penglihatannya dan terpelihara dari kesakitan.
  • Jika dibaca surah ini berkali-kali pada rumah yang kena sihir serta tidak diketahui di mana benda yang dijadikan sihir itu disembunyikan, nescaya tidak menjadi mudharat kepadanya dan ditunjukkan oleh Allah kepadanya tempat sembunyinya barangan sihir tersebut.
  • Jika dibaca sehingga ayat "wanhar" (ayat kedua) pada bisul, kudis dan sebagainya, Insyaallah segera sembuh.
  • Untuk berjumpa dengan Rasulullah  di dalam mimpinya, solat dua raakat pada malam Jumaat selepas waktu Isyak atau pada tengah malam. Kemudian bacalah surah ini sebanyak 1000 kali diikuti dengan selawat ke atas Nabi s.a.w sebanyak 1000 kali. Kemudian tidurlah dalam keadaan suci dan bersih, Insyaallah dapat bermimpi meihat Junjungan Nabi S.A.W.
*Abu Al-Baqir Ad-Dusuqi.Khasiat & Fadhilat Ayat-Ayat Suci Al-Quran 30 Juzu'.

No comments:

Post a Comment