Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Sunday, January 2, 2011

Planet Yang Berbahaya


Persekitaran Zuhrah adalah sangat berbahaya. Tekanan atmosferannya ialah 100 kali lebih tinggi berbanding di Bumi. Keadaan ini boleh menyebabkan badan manusia berkecai dalam masa sesaat. Habanya boleh meleburkan tin minuman manakala awan asidnya pula boleh melarutkan tin yang lebur itu.

Zuhrah diliputi oleh lapisan atmosfera yang dibentuk oleh awan karbon dioksida yang tebal dengan titisan asid sulfurik di bahagian atasnya. Oleh itu Zuhrah sangat panas. Cahaya Matahari menembusi awan tebal ini dan memusnahkan permukaannya. Karbon dioksida menyerap dan memerangkap haba serta menghalangnya daripada terlepas keluar. Keadaan ini merupakan kesan rumah hijau. Kesannya, suhu permukaan planet ini boleh melebihi 450 darjah celcius. Zuhrah mengambil masa selama 255 hari untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi Matahari. Putaran pada paksinya mengambil masa 243 hari. Oleh itu, tempoh seharinya adalah lebih panjang jika dibandingkan dengan tempoh setahunnya.

No comments:

Post a Comment