Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Monday, January 24, 2011

Waktu Mustajab Untuk Berdoa


Selain daripada sifat-sifat yang perlu dimiliki untuk memperoleh kemakbulan doa, terdapat waktu-waktu tertentu yang diistilahkan sebagai "Waktu Mustajab" di mana doa itu perlu dipohon :-
  • Pada bulan Ramadhan, terutamanya pada malam Lailatulqadar.
  • Pada Hari Arafah.
  • Malam 2 hari raya dan malam pertama bulan Rejab.
  • Pada hari Jumaat ada 1 waktu yang dinamakan "Waktu Mustajab". Apabila seseorang hamba itu berdoa dan doa itu bertepatan dengan waktu ini, Allah akan memperkenankannya.
  • Di waktu malam,iaitu pada satu pertiga malam daripada malam terakhir. Sesungguhnya pada ketika ini ada 1 waktu, apabila seseorang muslim itu memohon, berdoa kepada Allah, dan tepat pada waktunya, nescaya Allah memperkenankannya. Berdoa pada satu pertiga malam yang terakhir itu mempunyai harapan yang lebih baik untuk dikabulkan.
  • Doa yang dilakukan selepas Sembahyang Fardu :-
         1- Ketika sujud.
         2- Waktu antara azan & kamat.
         3- Selepas waktu asar.

-Doa dan Rawatan Penyakit (1)

No comments:

Post a Comment