Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Tuesday, February 8, 2011

Khasiat & Fadhilat Surah AL-Mulk

Sabda Rasulullah :
"Terdapat di dalam Al-Quran 30 ayat bernama surah Al-Mulk. Surah ini mensyafaatkan mereka yang membacanya dan Allah akan mengampuni dosa-dosa mereka dengan syafaanya itu."

Sabda Rasulullah :
"Surah Al-Mulk itu dapat memelihara dan melepaskan bagi orang yang membacanya dari azab kubur."

Sabda Rasulullah :
"Aku amat gembira sekiranya orang-orang mukmin sentiasa membaca surah Al-Mulk  hingga seolah-olah surah itu tertulis dalam hati mereka".

Sabda Saidina Ali k.w :
Sesiapa yang mengamalkan surah Al-Mulk, nescaya dibawa keluar ia pada hari Kiamat di atas sayap malaikat serta rupanya yang amat cantik seperti rupa Nabi Yusuf a.s.

   Pada suatu hari, Saidina Ibnu Abbas meletakkan kain selendangnya pada satu tempat yang bersebelahan dengan tanah perkuburan. Tiba-tiba beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk. Lalu beliau pergi mengadap Rasulullah s.a.w untuk memberitahu hal tersebut. Maka Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Itulah surah Al-Mulk yang telah diamalkan olehnya dan melepaskannya dari azab (kubur)".

  • Orang yang sentiasa mengamalkan surah ini akan dipandang hebat dan mendapat pangkat yang tinggi.
  • Sekiranya dibaca surah ini kemudian dihadiahkan kepada ahli-ahli kubur, nescaya sampai pahalanya kepada mereka dengan begitu cepat sekali seperti kilat yang menyambar.
  • Surah ini dibaca di sisi orang yang sedang nazak, dapat meringankan kesusahan yang dialaminya dan memudahkan roh untuk keluar dari jasadnya.
  • Surah ini jika dibaca selama tiga hari berturut-turut untuk menghilangkan sakit mata, Insyaallah sembuh.

1 comment:

  1. Terima kasih berkongsi mengenai info ini. Menjadi motivasi untuk sama-sama kita istiqamahkan.

    Punca Dan Tips Rawatan Bagi Demam Denggi.

    ReplyDelete