Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Sunday, March 6, 2011

Bagaimanakah Pengukir Membuat Patung Ukiran?

Pengukir membuat patung batu dengan mengukirnya daripada ketulan batu menggunakan pahat. Bagaimanapun, kebanyakkan patung diperbuat daripada logam seperti gangsa sebab ia tahan terhadap cuaca. Patung pertamanya dibuat daripada tanah liat dan bukannya logam. Acuan tanah liat dibuat dengan menampalkan plaster ke atas patung. Selepas plaster siap, patung tanah liat yang asal dikeluarkan. Acuan yang terhasil ialah bekas berongga yang berbentuk patung. Gangsa cair dituangkan ke dalam acuan tersebut dan mengeras membentuk patung gangsa.

No comments:

Post a Comment