Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Friday, April 1, 2011

Sejarah Buah Kurma Dalam Al-Quran

 Asal usul kejadian pokok kurma adalah lebihan tanah yang Allah SWT ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok kurma betina tumbuh pada zaman Siti Maryam selepas melahirkan anaknya Nabi Isa a.s. Siti Maryam telah diminta oleh Allah untuk menggoncangkan pohon kurma yang tumbuh di tempat melahirkan anaknya lalu gugurlah buah kurma masak dan dimakan oleh Siti Maryam. Kisah ini terkandung dalam surah Maryam ayat 25. Allah berfirman yang maksudnya itu , "Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenanglah kamu".

 Itulah kali pertama buah kurma menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam mendapat tenaga serta mengubati dirinya dengan khasiat kurma selepas lemah melahirkan Nabi Isa a.s. tanpa menggunakan herba yang lain.

 Rasulullah saw dan nabi-nabi terdahulu amat menyayangi pokok kurma kerana ia dikatakan buah yang serasi dengan tubuh badan manusia. Buah itu juga tidak berbau busuk kerana Allah SWT ingin memelihara kesuciannya di samping memudahkannya ditanam dalam keadaan cuaca panas kering melebihi 55 darjah celcius. Bahkan sepanjang buah kurma berada di atas pokok tiada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya.


*Khal Tamar Plus "Makanan Kesihatan Sunnah Para Nabi".

No comments:

Post a Comment