Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Thursday, November 15, 2012

Hadith-Hadith Nabi Yang Menyebutkan Tentang Kepedihan Maut.





1- Nabi s.a.w pernah bersabda :
"Jika rasa sakit sehujung rambut dari rasa sakit yang dialami oleh mayat, diletakkan di atas langit dan bumi, tentu penduduknya akan mati dengan izin Allah s.w.t."



2- Nabi s.a.w pernah bersabda :
"(Dan sakitnya sakratul maut itu) kadar tiga ratus pukulan dengan pedang."



3- Diriwayatkan, bahawa ketika Nabi Ibrahim meninggal, maka Allah s.w.t berfirman kepadany : " Bagaimana engkau mendapati mata hai khalilullah?"

Nabiyullah Ibrahim menjawab : "Seperti besi pembakar daging, yang diletakkan pada bulu basah, kemudian ditarik."


4- Disebutkan bahawa apabila Allah s.w.t menghendaki mengambil rohnya seorang mukmin, datang malaikat maut dari anggota mulutnya yang ternyata pernah digunakan untuk berzikir. Lalu malaikat maut itu membatalkan pengambilan roh itu dan kembali menghadap Allah s.w.t untuk melapokan hasil tugasnya.

Lalu Allah perintahkan lagi untuk mengambil dari anggota badan lain.Tetapi ketika mahu diambil dari bahagian tangan, dilihat tangannya ada bekas perbuatan sedekah,bekas digunakan untuk menyapu kepala anak yatim, menulis ilmu dan bekas memegang pedang untuk perang sabil. Lalu malaikat maut berpindah ke bahagian kaki. Dilihantnya ada bekas telah digunakan untuk berjalan untuk menghadiri solat berjemaah dan menghadiri tempat pengajian. Lalu malaikat maut berpindah ke bahagian telinga pula. Tetapi dilihatnya ada bekas untuk mendegarkan pembacaan al-quran dan zikir. Lalu malaikat maut berpindah ke bahagian mata. Didapatinya ada bekas yang digunakan untuk membaca kitab-kitab suci. Maka kembalilah malaikat maut menghadap Allah untuk melaporkan hasil tugasnya, bahawa seluruh anggota orang mukmin berkenaan telah dipenuhi dengan amal-amal solehnya.


Kemudian Allah berfirman : "Tulislah namu-Ku di atas telapak tanganmu, lalu tunjukkanlah kepada roh orang mukmin itu, yang kerana cinta terhadap nama-Ku itu, ia akan keluar sendiri dari mulutnya." Demikianlah, dengan sebab berkah Allah itu akan terhindar dari kepedihan sakaratul maut itu. Demikian pula, ia akan terhindar dari azab.

No comments:

Post a Comment