Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Thursday, December 20, 2012

4 JENIS API, 4 BANGSA API

"Manakala dia telah mendatanginya, tiba-tiba ada panggilan : " Wahai Musa !" - {Surah Taha : 11}

Mengikut kata Ibnu Abbas : Apabila Musa sampai di tempat api, dilihatnya sepohon kayu yang hijau, pohon itu diliputi dari pangkalnya hingga sampai puncaknya, oleh api yang menyala putih cahayanya. Musa kehairanan melihat cahayanya yang terang sangat terang di pohon buah jenis berduri itu. Yang menghairankannya ialah cahayanya tidak merosakkan kayunya yang masih basah, dan kehijauan pohon itu pula tidak merosakkan terangnya api.

Adalah dikatakan oleh para ulama bahawasanya api itu mempunyai 4 jenis :-
1- Sejenis api yang makan dan tidak minum, dia adalah api dunia.
2- Sejenis api yang minum dan tidak makan, dia adalah api pohon yang hijau.
3- Sejenis api yang makan dan juga minum, dia adalah api neraka Jahanam.
4- Sejenis api yang tidak makan dan tidak minum, dia adalah api yang disebut dalam kisah Nabi Musa.

Dan ada pula para ulama yang mengatakan bahawasanya api itu ada 4 bangsa :-
1- Sebangsa api yang mempunyai cahaya dan membakar, dia adalah api dunia.
2- Sebangsa api yang tidak mempunyai cahaya dan tidak pula membakar, dia adalah api di pohon yg hijau.
3- Sebangsa api yang mempunyai cahaya tetapi tidak membakar, dia adalah api yang tersebut dlm kisah Nabi Musa.
4- Sebangsa api yang membakar tetapi tidak bercahaya, dia adalah api neraka Jahanam.

No comments:

Post a Comment