Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Sunday, December 16, 2012

Hukum Menipiskan Bulu Kening



Apakah hukum menipiskan bulu kening wanita untuk tujuan perhiasan?

Jawapan : Termasuk perkara melampau dalam berhias yang diharamkan Islam ialah nams, iaitu mengikis bulu kening dengan meninggikan atau me
luruskannya. Sesungguhnya Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur bulu kening dan orang yang menyuruh melakukannya. {Riwayat Abu Daud}

Hukum mencukur bulu kening semakin haram apabila perbuatan ini telah menjadi identiti peacur atau non Muslim.Sebahagian ulama Hanbali mengharuskan seorang isteri untuk menghias wajahnya dengan menghiangkan bulu-bulu di wajah, mewarnakan, mengukir dan membentuknya jika dengan kebenaran suami kerana ia merupakan perhiasan. Namun Imam al-Nawawi sangat tegas melarangnya kerana menganggapnya termasuk daripada nams yang diharamkan.

Walau bagaimanapun, pandangan Imam al-Nawawi tertolak. Ini kerana menurut sebuah hadis Abu Daud bahawa al-nams ialah perempuan yang mengukir bulu kening sehingga nipis. Jadi, tidak termasuk dalam maknanya perbuatan menghilangkan bulu-bulu yang tumbuh di wajah.

At-Tabari meriwayatkan daripada isteri Abu Ishak, suatu hari beliau menziarahi rumah Siti Aisyah.Beliau pada masa itu masih seorang perempuan muda yang menyukai kecantikan.Beliau bertanya kepada Aisyah : "Bolehkah seorang perempuan menghilangkan bulu di dahi untuk pandangan suaminya?" Aisyah menjawab : "Hilangkanlah keburukan daripada dirimu selagi mana yang termampu".

*Dr Yusuf al-Qaradawi, Isu No.9, al-Ustaz.

No comments:

Post a Comment