Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Monday, December 17, 2012

Menjelang Kiamat : Kemarau Walaupun Hujan Turun Dengan Banyaknya





Menjelang kiamat, bumi tidak mengalami kemarau yang dahsyat, malah hujan turun mencurah-curah.Cumanya, kemarau ketika itu mempunyai tafsiran yang berbeza. Perhatikan tafsiran Rasulullah s.a.w, mafhumnya :

"Kemarau bukanlah kerana tidak turunnya hujan, tetapi kemarau sebenar ialah kami dihujani dan dihujani (hujan yang banyak), namun bumi tidak menumbuhkan apa-apa pun". {Riwayat Muslim}

Imam Ali al-Qari dalam Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih menjelaskan : "Hal ini kerana Allah menahan bumi daripada menumbuhkan sesuatu. Maknanya, jangan kamu menyangka bahawa rezeki dan keberkatan datangnya daripada Allah. Bahkan kemungkinan hujan tidak menumbuhkan sesuatu pun. Maka kemarau dahsyat bukanlah kerana tidak turunnya hujan".

Oleh yang demikian, isu pokok yang melanda pada akhir zaman bukanlah isu hujan ataupun tidak. Namun isu pokoknya adalah hilang keberkatan dalam kehidupan. Sekalipun rezeki datang mencurah-curah, namun ia gagal dimanfaatkan kerana tiadanya keberkatan.
 
*Mohd Solleh Abd Razak, Isu No 9, al-Ustaz.

No comments:

Post a Comment