Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Saturday, December 22, 2012

Sayur Naikkan Ghairah


Satu kajian di Amerika Syarikat mendapati mereka yang mengamalkan pemakan berasaskan sayuran boleh menikmati hubungan intim yang lebih puas berbanding penggemar daging.Kajian yang disiarkan dalam jurnal Hormones and Behaviour itu menjelaskan bahawa beberapa produk sayuran seperti tofu mampu meningkatkan kandungan hormon dan keghairahan seksual seseorang.

Didapati ada hubung kait antara hormon seksual yang dikenali sebagai fitoestrogen yang terdapat dalam tumbuhan dengan tubuh manusia. "Pengawalan kandungan hormon dan kelakuan sosial adalah sesuatu yang bagus untuk reproduksi dan kesihatan.Tumbuhan memainkan peranan yang besar dalam evolusi manusia," kata pengkaji di Jabatan Sains Alam Sekitar, Polisi dan Pengurusan, UC Berkeley, AS, Michael Wasserman.

Bagaimanapun, satu kajian lain di Universiti Bellarmine, Louisville, Kentucky pula mendapati seorang lelaki yang banyak memakan daging mempunyai sifat yang lebih maskulin.

*Jurnal,Kosmo,Ahad,16 Dis 2012.

No comments:

Post a Comment