Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Thursday, December 20, 2012

TAZKIRAH JUMAAT : Surah Al- Kahfi : Ayat 52

"Dan pada kiamat Allah swt berkata : Serulah orang-orang yang kamu katakan menjadi sekutu Aku itu ! Lalu mereka pun menyeru. Tetapi tidak ada yang menyahut mereka, dan Kami adakan antara mereka tempat kebinasaan (neraka)". - [ Surah Al-Kahfi :52]

Allah mengingatkan, bahawa pada hari kiamat nanti akan kedengaran panggilan Allah kepada orang-orang kafir yang sedang dikumpulkan di padang masyar dengan mengatakan sebagai celaan iaitu: Serulah orang-orang yang kamu katakan menjadi sekutu Aku itu ! Yakni panggil dan minta tolonglah kepada berhala-berhala yang kamu sembah, supaya kamu dihindarkannya daripada penderitaan kamu yang ada sekarang ini.

Allah menyuruh demikian, supaya orang-orang kafir itu minta tolong kepada sesiapa sahaja yang sudah mereka sembah selain Allah semasa di dunia ini. Tetapi di akhirat kelak, apabila mereka meminta tolong dengan memanggil-manggil apa yang mereka sembah itu, tentu sahaja berhala-berhala itu tidak mahu menyahut apalagi memberikan pertolongan.

Malahan Allah akan menyediakan tempat kebinasaan yang berupa sebuah lembah di alam neraka, diletakkan di antara mereka yang menyembah dan berhala yang disembah. Atau dibentangkan sebatang sungai yang mengalirkan api yang sedang menyala-nyala, dan di kedua-dua tebingnya pula berkeliaran ular-ular besar, di tempat itulah mereka akan dibinasakan.

No comments:

Post a Comment