Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Thursday, January 17, 2013

Dajjal Tidak Dapat Memasuki 4 Tempat

Seorang sahabat dari kalangan Ansar menceritakan, Rasulullah SAW pernah berdiri di tengah kami, lalu berkata :-

"Saya memberikan peringatan kepada kalian tentang al-Masih (Dajjal), yang buta matanya". Dia berkata, "Saya kira beliau mengucapkan matanya sebelah kiri". Beliau berkata, "Dia membawa gunung dari roti dan sungai yang mengalirkan air. Tandanya dia menetap di bumi selama empat puluh hari, yang kekuasaannya mencapai setiap tempat minum di pinggir jalan. Dia tidak dapat mendatangi empat masjid iaitu, Masjid Kaabah, Masjid Rasulullah, Masjid Al-Aqsa dan Thur. Meskipun begitu maka ketahuilah Allah itu tidak buta sebelah matanya".



 Ibnu Aun berkata, "Saya pasti beliau juga berkata, "Dia menguasai seorang lelaki, membunuhnya kemudian menghidupkannya, namun dia tidak dapat menguasai yang lainnya".

[Direkodkan oleh Ahmad dalam Musnad al-Imam Ahmad]


*Khutbah Rasulullah, Rohidzir Rais.

2 comments:

  1. Announcement here.. hope u like it http://delightfuldayang.blogspot.com/2013/02/announcement.html

    ReplyDelete