Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Friday, January 25, 2013

Keberkatan Solat Untuk Dapat Bersama Nabi SAW Di Dalam Syurga.

Hazrat Rabi'ah r.a. menceritakan, "Saya sentiasa bersama Nabi saw pada waktu malam. Pada waktu tahajjud, saya menyediakan beberapa keperluan untuk Nabi SAW seperti air untuk berwuduk,miswak, hamparan solat dan sebagainya. Suatu ketika, oleh kerana gembira dengan perkhidmatan saya, Nabi saw bersabda, "Mintalah apa-apa yang kamu mahu".

Saya menjawab, "Ya Rasulullah, saya ingin bersama tuan (di dalam syurga)". Baginda bertanya lagi, "Yang lain daripada itu?" Saya berkata, "Itu sahaja yang saya ingini". Baginda bersabda, "Sekiranya begitu, bantulah doaku dengan memperbanyakkan sujud". - [Riwayat Abu Daud]




Keterangan :-

Dalam kisah ini terdapat peringatan bahawa tidak sepatutnya kita hanya bergantung kepada doa. Bahkan kesungguhan dalam amal diperlukan.Sementara amal yang paling penting ialah solat kerana sebanyak yang kita kerjakan solat,maka sebanyak itulah kita akan sujud.Mereka yang hanya menaruh harapan bahawa syeikh polan dan maha guru polan telah berdoa untuknya sebenarnya telah membuat satu kesilapan yang besar. Allah swt mentadbirkan alam ini penuh dengan asbab.Sememangnya Allah swt berkuasa melakukan sesuatu perkara tanpa asbab.Oleh itu, sekali sekali Allah melakukan sesuatu perkara itu tanpa asbab semata-mata untuk menunjukkan kekuasaanNya. Namun demikian, kebiasaan umum ialah urusan dunia dikaitkan dengan asbab.

Sungguh menghairankan, untuk urusan dunia kita tidak pernah pun berharap kepada takdir dan cukup hanya dengan berdoa. Berpuluh-puluh cara akan diikhtiarkan.Namun,dalam urusan agama,kita hanya berpada dengan takdir dan doa. Tidak diragui bahawa doa ahlullah (orang-orang yang hampir dengan Allah swt) tersangat penting, tetapi Rasulullah saw sendiri telah bersabda, "Bantulah doaku dengan memperbanyakkan sujud".


*Fadhilat Amal, Maulana Muhammad Zakariya Rahmatulahi'alaih

No comments:

Post a Comment