Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Friday, January 25, 2013

Membaca Al-Quran Dalam Solat Adalah Yang Terafdal.

Hazrah 'Aishah r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,"Membaca al-Quran dalam Solat adalah lebih afdal daripada membaca al-Quran di luar solat.Membaca Al-Quran di luar solat lebih afdal daripada tasbih dan takbir (memuji Allah swt). Tasbih adalah lebih afdal daripada sedekah, sedekah lebih afdal daripada puasa, dan puasa adalah penghalang daripada api neraka". - (Hadis Riwayat Baihaqi)

Keterangan :
Ketinggian membaca al-Quran daripada zikrullah adalah jelas kerana al-Quran adalah perkataan Allah swt. Sebelum ini pun telah dijelaskan bahawa kemuliaan perkataan Allah swt ke atas segala perkataan adalah sama sebagaimana kemuliaan Allah swt ke atas makhluknya. Keutamaan zikrullah ke atas sedekah telah dinyatakan juga dalam hadith-hadith yang lain. Keutamaan sedekah ke atas puasa, sebagaimana dinyatakan dalam hadith ini, adalah bertentangan dengan sebahagian hadith lain yang menukilkan bahawa puasa sunat adalah lebih afdal daripada sedekah.Perbezaan ini adalah disebabkan keadaan tertentu.Dalam sesetengah keadaan, puasa adalah lebih afdal dan dalam sebahagian keadaan yang lain sedeka lebih afdal. Perbezaan ini juga kerana keadaan orang yang terlibat, bagi sesetengah orang puasa adalah lebih afdal.

Apabila puasa sunat dikatakan sebagai penghalang daripada neraka berada pada kedudukan terakhir dalam hadith ini, maka apatah lagi membaca al-quran, yang disebut pada kedudukan pertama,pasti lebih hebat lagi. Pengarang kitab Ihya'-Ulumuddin telah meriwayatkan daripada Hazrat Ali r.a. bahawa sesiapa yang membaca al-Quran ketika berdiri dalam solat akan mendapat 100 pahala bagi setiap huruf. Sesiapa yang membaca al-Quran dalam solat dalam keadaan duduk akan diberi 50 pahala bagi setiap huruf. Sesiapa yang membaca al-Quran di luar solat dalam keadaan wuduk, akan mendapat 25 pahala. Sesiapa yang membaca al-Quran tanpa wuduk akan mendapat pahala 10 pahala dan sesiapa yang tidak membaca tetapi mendengar dengan penuh perhatian kepada bacaan orang lain pun mendapat pahala, iaitu 1 pahala bagi setiap huruf.


*Fadhilat Amal, Maulana Muhammad Zakariya Rahmatulahi'alaih.

No comments:

Post a Comment