Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Thursday, January 10, 2013

PAHALA BAGI ORANG YANG KEMATIAN DUA ORANG ANAK

Khalid Bin Alan berkata kepada Abu Hurairah : "Dua orang anakku telah meninggal dunia, bukankah engkau adalah orang yang mengetahui tentang hadith-hadith Rasulullah SAW, berilah keterangan kepadaku yang akan dapat menghiburkan hatiku atas kematian anakku itu".

Abu Hurairah menjawab : Sesungguhnya Rasullah SAW bersabda : "Anak-anak kecil yang telah meninggal dunia adalah merupakan perhiasan syurga yang akan menjemput ayahnya atau kedua orang tuanya dengan bajunya, atau dengan tangannya, seperti aku memegang bajumu ini,dan tidak akan dilepaskannya sehingga sekeluarga masuk ke dalam syurga'. - (HR.Ahmad)

Dari Abu Sa'labah Al-Asyja'i, ia berkata kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah ! Telah meninggal dunia kedua orang anakku dalam Islam". Maka Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa yang dua orang anaknya meninggal dunia dalam Islam, Allah akan memasukkan orang itu ke dalam syurga sebab kasih sayangnya, kepada keduanya.Setelah kejadian itu, aku bertemu dengan Abu Hurairah, maka ia berkata kepadaku : Apakah engkau orang yang bertanya kepada Rasulullah tentang orang yang mati dua orang anaknya? Aku menjawab Benar ! Abu Huraurah kembali berkata : Sungguh ucapan Rasulullah itu lebih aku sukai dari yang dimiliki oleh negeri Himsh dan Palestin".

Dari Abdullah Bin Mas'ud, sesungguhnya Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kaum wanita, kata baginda : "Tidak ada seorang wanita dari kamu yang kehilangan tiga orang anaknya kerana meninggal dunia, melainkan Allah akan memasukkan orang itu ke dalam syurga". Maka bertanya pemimpin dari wanita itu : "Bagaiamanakah bagi yang telah meninggal dunia dua orang anaknya,adakah dia juga bakal masuk syurga?" Rasulullah menjawab : "Ya, dia juga akan masuk ke dalam syurga". - (HR.Ahmad)


*Rahmat Disebalik Dugaan,Kasmuri Selamat M A.

No comments:

Post a Comment