Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Wednesday, February 20, 2013

Bersederhanalah Dalam Makan Mahupun Minum, Kerana Perut Adalah Sarang Bertelurnya Penyakit.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda :
Allah telah berfirman :-

"Tiada seorang hamba pun yang berselimut dengan selimut yang lebih utama di sisKu daripada menyederhanakan makan."  - (Riwayat Dilami)




Huraiannya :-

Perkataan "Berselimut" diibaratkan dengan "memelihara diri daripada penyakit penderitaan". Orang yang selalu tidak menyukat makannya, makan apa yang dapat saja, tidak pernah merasa kenyang, dan mulutnya tidak berhenti dari mengunyah, kerap dan mudah diserang penyakit dan menderita. Maka sebaik-baik cara memelihara diri dari penyakit ialah dengan cara menjauhkan perut dari diasak kehendak nafsu. Semua yang ada ditelan saja tanpa kira. Itu akan mendatangkan penyakit kerana perut itu adalah sarang tempat bertelurnya penyakit.

Apabila seseorang itu makan terlalu kenyang, kelak malaslah ia untuk menjalankan ibadat dan bakti. Sudah kenyang mengantuklah pula. Sikap seperti ini tentu akan merugikan kita. Oleh kerana itu, para salaf salih pada zaman dahulu tidak terlalu cerewet dalam soal makan minumnya. Apa yang dapat sahaja mereka makan, walaupun roti kering dan kasar, asalkan dapat menutup lapar. Dan kalau tidak ada makanan, mereka terus berpuasa. Adakah kita dapat meniru tabiat mereka??

No comments:

Post a Comment