Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Tuesday, February 12, 2013

HADIS

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Darda r.a. bahawa Nabi saw bersabda:
"Tidaklah seorang hamba Allah yang membaca "Laa Ilaha Illallah" seratus kali melainkan dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan wajahnya seperti bulan purnama.Tidak diangkat amalan yang lebih baik daripada seseorang itu melainkan sesiapa yang membaca seumpamanya atau membaca lebih (daripadanya)".
- [HR Imam Tabarani]


Hazrat 'Uqbah bin 'Amir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Seseorang yang membaca al-Quran dengan bersuara adalah seumpama seorang yang memberi sedekah secara terang-terangan dan seseorang yang membaca al-Quran secara senyap adalah seumpama seorang yang memberi sedekah secara sembunyi". - [HR Tirmizi, Abu Daud, Nasai dan Hakim]

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. kedua-duanya berkata : Nabi s.a.w. bersabda : " Tiada suatu yang menimpa pada seorang muslim berupa lelah atau penyakit , atau kerisauan , kesedihan atau gangguan sampaipun duri yang mengenainya melainkan Allah akan menjadikan semua itu sebagai penebus dosanya." - [Bukhari dan Muslim]

Dari mahmud bin Ghailan dari Abdul Razaq dari Sufian al-Sauri dari 'Auni Ibnu Abi Juhairah dari bapanya, kata bapanya : "Aku melihat nabi s.a.w memakai pakaian berwarna merah (merah hati), warnanya memancar bagaikan cahaya dari celah kedua betisnya (kerana indah dan berseri)". - [Riwayat Bukhari]

Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. - [Riwayat Ahmad]

Diriwayatkan daripada Hazrat Sahl bin Sa'ad as-Sa'idi r.a bahawa Rasulullah saw bersabda, "Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu berjalan ke masjid dalam kegelapan malam bahawa mereka akan memperoleh nur yang sempurna pada hari kiamat". - [HR Imam Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah]

No comments:

Post a Comment