Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Friday, February 22, 2013

Hazrat Abdullah Bin Zubair R.A Meminum Darah Nabi

Pada suatu masa, Rasulullah saw telah berbekam dan Baginda menyuruh Hazrat Abdullah Bin Zubair r.a menanam darah Baginda saw di mana-mana tempat.Beliau telah pergi dan datang semula sambil berkata, "Saya telah menanam darah itu". Rasulullah saw bertanya, "Di mana?" Dijawabnya, "Saya telah minum darah itu".

Rasulullah saw bersabda, "Badan yang telah dimasuki darah saya tidak mungkin disambar oleh api neraka.Tetapi kamu akan memusnahkan orang ramai dan orang ramai akan memusnahkan kamu". - [Tarikhul-Khamis]


 
Keterangan:-
Setiap sesuatu yang keluar daripada jasad Rasulullah saw sama ada kencing,tahi dan lain-lain ialah suci.Oleh sebab itu, tiada apa-apa kemusykilan terhadap perbuatan yang telah dilakukan oleh Hazrat Abdullah Bin Zubair r.a. Sebagaimana yang telah ditulis oleh para ulama, "kemusnahan" yang disabdakan oleh Rasulullah saw bermaksud kerajaan dan pemerintahan yakni akan terbentuk pemerintahan dan orang akan merebut pemerintahan tersebut.

Semasa kelahiran Hazrat Abdullah Bin Zubair r.a, Rasulullah saw telah pun memberi bayangan tentang perkara tersebut dengan sabdaan Baginda saw, "Beliau seumpama seekor domba yang berada di tengah-tengah serigala yang berpakaian". Lantaran itu, telah berlaku satu peperangan yang masyhur antara Hazrat Abdullah Bin Zubair r.a dengan Yazid serta Abdul Malik. Hazrat Abdullah Bin Zubair r.a telah gugur syahid.

No comments:

Post a Comment