Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Tuesday, February 19, 2013

Tidak Ada Hijab Antara Allah SWT Dengan Ucapan LAILAHAILLALLAH Dan Doa Seorang Bapa Terhadap Anaknya

Diriwayatkan daripada Hazrat Anas r.a. katanya Rasulullah saw bersabda:-
"Tidak ada sesuatu pun melainkan antaranya dengan Allah swt terdapat hijab kecuali ucapan "Lailahaillallah" dan doa seorang bapa (terhadap anaknya)". - [HR Imam Tirmizi dan Ibnu Mardawaeh]

Keterangan :-

Maksud tidak terdapat hijab ialah penerimaan Allah swt terhadap ucapan "Lailahaillallah" dan doa seorang bapa sedikit pun tidak dilewatkan.Sementara untuk amalan-amalan yang lain, terdapat perantaraan-perantaraan sebagai penghalang untuk sampai ke tahap penerimaan, tetapi dua amalan tersebut akan terus sampai kepada Allah swt serta merta.

Telah ditulis kisah mengenai seorang raja kafir yang sangat zalim dan sangat taksub kepada kekufuran.Dalam satu peperangan, raja tersebut telah ditangkap oleh orang-orang Islam.Oleh sebab raja tersebut telah mendatangkan banyak kesusahan kepada orang-orang Islam, maka sangat berkobar-kobarlah semangat (orang-orang Islam) untuk membalas dendam terhadapnya. Lalu raja tersebut telah dimasukkan ke dalam sebuah periuk besar dan diletakkan di atas unggunan api. Pada permulaannya, raja tersebut telah menyeru untuk memohon bantuan daripada  berhala-berhala, setelah tidak memberi apa-apa faedah, maka pada ketika itu juga dia telah memeluk Islam dan dia telah mulai mewiridkan kalimah "Lailahaillallah" dengan berterusan.

Jelas dalam keadaan sedemikian itu dia telah mewiridkan kalimah "Lailahaillallah" dengan penuh semangat dan keikhlasan. Maka dengan serta merta datang pertolongan Allah swt. Hujan telah turun dengan lebat sehingga seluruh api terpadam dan periuk pun sejuk. Selepas itu angin telah mulai bertiup dengan kencang yang telah menerbangkan periuk tersebut jauh ke suatu bandar. Penghuni bandar tersebut semuanya kafir. Raja itu berterusan membaca kalimah "Lailahaillallah". Orang ramai telah berhimpun di sekelilingnya dan kehairanan melihat peristiwa yang aneh itu. Mereka telah bertanya tentang halnya dan dia telah menceritakan segala yang telah dia alami sehingga menyebabkan mereka semua telah memeluk Islam.

No comments:

Post a Comment