Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Wednesday, March 20, 2013

::> 4 Persoalan Wang Hantaran <::

Pada zaman kini, kalau mahu berkahwin, kalau tidak ada RM10 ribu, ada sesetengah ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka berkahwin. Lagi tinggi seorang gadis itu belajar, lagi tinggi nilai yang diminta kepada lelaki berkenaan.Bagi keluarga dan mungkin wanita itu sendiri, beranggapan bahawa dengan belanja yang tinggi, masyarakat akan memandangnya dengan nilai 'value' yang tinggi. Di sini, saya ingin bertanya beberapa soalan :-

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
1) Adakah nilai anak anda hanya RM 10 ribu sahaja? Kalau begitu, ia sungguh murah. Nilai seorang perempuan sangat mahal sehinggakan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..

2) Untuk apakah anda meminta wang hantaran itu? Kalau jawapan anda harga barang semakin mahal,jadi anda meminta RM10 ribu, maka anda telah melakukan satu kesilapan besar. Sabda Rasulullah saw, Maksudnya: “Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah saw bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.” - (Al-Hadith). Anda seharusnya melakukan walimah setakat anda mampu. Tidak perlu meniru orang lain dalam urusan ini. Yang penting keberkatan bukannya menunjuk-nunjuk.

3) Adakah dengan meminta wang hantaran sebanyak itu, anda berasa kebahagian hidup mereka berkekalan? Tidak ! Ada yang sanggup membuat pinjaman bank semata-mata mahu berkahwin. Tetapi selepas berkahwin mereka harus membayarnya semula. Adakah itu tidak membebankan mereka? Anda mahukan kebahagiaan mereka ataupun mahupun membebankan mereka yang baru sahaja mendirikan masjid?

4) Anda ingin melakukan majlis di rumah anda sendiri. Maka mengapa anda meminta wang hantaran sedemikian untuk kegunaan membeli barang? Sepatutnya majlis berlangsung di rumah anda, andalah yang harus mengeluarkan wang untuk majlis di rumah anda. Mengapa meminta kepada pihak lelaki? Cara anda seolah-olah mahu "disponsor" oleh pihak lelaki. Kalau pihak lelaki itu seorang jutawan, mungkin dia tidak kisah. Tetapi bagi lelaki yang bekerja biasa, mereka juga perlu menggunakan wang untuk majlis di rumah mereka nanti.Sekiranya anda berasa sukar,anda boleh juga melakukan majlis kedua-dua belah pihak di satu tempat pada hari yang sama.Ia dapat menjimatkan wang anda.



Ingin sekali saya bertanya, adakah anda tahu apa yang anda sedang lakukan? Islam itu mudah. Tidak menyusahkan. Kenapa kita sebagai ibu bapa menyusahkan ia? Mungkin dengan perlakuan kita yang menangguhkan perkara baik seperti ini kerana permintaan anda ini, akan membuatkan anak-anak muda pada masa kini lebih suka bercouple dan melakukan maksiat.

Dalam situasi masyarakat sekarang, telah berlaku satu fenomena yang kontra. Pemberian wajib (mahar) diletakkan dalam jumlah yang terlalu sedikit sedangkan pemberian 'hantaran' yang harus diletakkan dalam jumlah yang tinggi. Wang hantaran inilah yang menjadi masalah kepada kaum lelaki sekarang untuk berkahwin. Masyarakat seolah-olah berlumba untuk meletakkan Wang hantaran paling tinggi kepada anak gadis mereka. Sikap sebegini dilarang oleh agama.Dalam soal pemberian mahar yang wajib pun dikatakan sebaik-baik mahar adalah yang paling ringan, jadi kenapa wang hantaran yang diminta lebih mahal daripada mas kahwin?

Umar ibnul Khathab r.a mengatakan tentang masalah sebaik-baik mahar :“Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam menetapkan mahar para wanita, karena kalau mahar itu dianggap sebagai pemuliaan di dunia atau tanda takwa kepada Allah SWT, tentunya Rasulullah SAW lebih dahulu daripada kalian untuk berbuat demikian” - [HR. Abu Dawud]

Dalam hadits ini, menunjukkan, apa saja yang kita mampu, kita beri....

“Wanita yang paling agung barakahnya, adalah yang paling ringan maharnya” - (HR. Ahmad, Al Hakim, Al Baihaqi dengan sanad yang sahih)

Berikanlah mahar kepada wanita-wanita yang kalian nikahi sebagai pemberian dengan penuh KERELAAN.” - (QS.An Nisa’ : 4)

KERELAAN ni, bermaksud, pabila lelaki itu memberi mahar dan hantaran, ia tidak langsung membebankan pihak lelaki.. Jika sampai pinjam bank sana sini, ahlong dan sebagainya, adakah peminjaman itu dengan KERELAAN? Tidak sama sekali.Jadi, Al-Quran, kita tidak ikut. Adakah boleh kita mendapat keredhaan Allah dalam pernikahan tersebut?? Fikir-fikirkanlah...

** Apa pun, utamakan agama dahulu.. Saya tidak membela kaum lelaki. Saya cuba sampaikan yang kita telah lari dari apa yang Rasulullah ajarkan dan lebih mengagung-agungkan adat.Sekiranya ada pihak yang terasa, saya memohon maaf.. Niat saya hanya untuk kebaikan bersama..

No comments:

Post a Comment