Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Monday, March 4, 2013

Firman Allah SWT Terhadap Orang Yang Memperbanyakkan Solat Sunat


Allah swt berfirman (dalam hadis qudsi), "Sesiapa yang memusuhi wali-waliKu maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya.Tiada seorang pun yang dapat menghampiri Aku kecuali dengan apa-apa yang telah Aku fardukan kepadanya. (Yakni, penghampiran kepada Allah swt paling banyak dapat dihasilkan dengan menunaikan segala amalan yang fardu). Dengam perantaraan amalan sunat seseorang hamba itu akan berterusan dapat menghampiriKu sehingga  Aku menjadikannya kekasihKu. Kemudian Aku akan menjadi telinganya yang dia mendengar dengan telinga itu. Aku akan menjadi matanya yang dia melihat dengan mata itu.Aku akan menjadi tangannya yang dia memegang dengan tangan itu.Aku akan menjadi kakinya yang dia berjalan dengan kaki itu.Sekiranya dia meminta sesuatu daripadakKu pasti Aku tunaikan dan sekiranya dia meminta perlindungan daripadaKu terhadap sesuatu,pasti Aku akan melindunginya". - [Jam'ul-Fawaid]

Keterangan:-

Maksud menjadi mata dan telinga .......' ialah penglihatan,pendengaran dan pergerakkannya akan mengikut kesukaan Allah swt dan tidak ada satu perkara pun yang akan berlaku bertentangan dengan keredhaan Allah swt.Alangkah bertuahnya mereka yang mendapat taufik untuk memperbanyak amalan sunat setelah menunaikan amalan fardu dan seterusnya mendapat kelebihan ini.Semoga Allah swt dengan limpahNya mengurniakan kelebihan ini kepada saya dan semua sidang pembaca..Ameen !

No comments:

Post a Comment