Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Thursday, March 28, 2013

Membatalkan Puasa Sunat Demi Doa Seorang Muslim

Suatu hari, Sheikh Ma'ruf al-Karkhi berjalan melepasi seorang lelaki yang sedang memberikan air minuman secara percuma. Sambil memberi minuman, dia tidak putus-putus mengunkapkan doa, "Semoga Allah merahmati orang yang sudi meminum airku ini".

Mendengar doa orang tersebut, tanpa berlengah-lengah, Sheikh Ma'ruf al-Karkhi segera mengambil segelas air dan meminumnya. Pada ketika itu,seseorang bertanya kepadanya, "Bukannya engkau sedang berpuasa? Kenapa engkau membatalkan puasamu?

"Benar aku berpuasa,tetapi doanya lebih aku harapkan daripada puasa sunatku ini", jawab Sheikh Ma'ruf al-Karkhi.


No comments:

Post a Comment