Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Monday, April 15, 2013

╚⊙ HUKUM MEMILIH JANTINA ANAK ⊙╝

Saya difahamkan bahawa ada satu kaedah yang membolehkan kita untuk menentukan jantina janin yang ingin dilahirkan.Apa hukumnya?

Pemilihan janin bermaksud penggunaan kaedah pemilihan jantina daripada ibu bapa dengan melakukan kaedah perubatan moden.Ia berlaku dek keinginan ibu bapa untuk memilih anak lelaki atau perempuan. Mungkin sesebuah pasangan itu telah memiliki anak lelaki, maka pasangan itu menggunakan kaedah rawatan moden ini untuk mendapatkan anak lelaki. Namun semua yang berlaku hanya dengan izin Allah swt.Ada 2 pendapat ulama dalam masalah ini:-

1- Haram : Tindakan ini dikira sebagai mencampuri urusan Allah dan tidak menerima takdir.

2- Harus : Sebagaimana kita boleh berdoa kepada Allah untuk mendapat anak lelaki atau perempuan, maka kita boleh berusaha untuk itu.

Cuma keharusan itu hendaklah pada peringkat individu, bukannya secara makro atau campur tangan kerajaan. Boleh jadi sebuah negara itu ingin meramaikan lelaki, lalu rakyatnya diarahkan agar melahirkan anak lelaki dengan kaedah ini. Akhirnya ia membawa kepada pelupusan salah satu jantina. Ada satu kaedah usul berbunyi : Kadang-kadang sesuatu perkara dibolehkan kepada individu, tetapi tidak dibolehkan kepada masyarakat. – [Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil]

No comments:

Post a Comment