Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Thursday, April 25, 2013

♥ Mengurus Jenazah Janin Yang Gugur.. ♥

Jika janin berusia kurang daripada 120 hari dan tidak didapati tanda-tanda kehidupan ketika dilahirkan, seperti bergerak ataupun menangis, maka memadai ia dibalut dengan kain lalu dikuburkan.Tidak perlu dimandikan dan disolatkan.

Jika janin itu berusia empat bulan atau lebih, dan tidak didapati tanda-tanda kehidupan setelah kelahirannya, maka ia wajib dimandikan,dikafankan, lalu dikuburkan tanpa solat jenazah.

Namun jika didapati ada tanda-tanda ia hidup setelah kelahiran, maka hukumnya seperti orang dewasa iaitu dimandikan, dikafankan, disolatkan lalu dikuburkan.

Hukum menggugurkan janin dengan sengaja sebelum 120 hari ialah Haram. Pelakunya wajib bertaubat. Tetapi seandainya menggugurkan janin selepas 120 hari, hukumnya tetap haram namun pelakunya wajib bertaubat,melakukan kafarah dan membayar diyat.

No comments:

Post a Comment