Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Wednesday, May 1, 2013

••► AKHLAK BAIK DIIRINGI 2 KALIMAH SYAHADAT.

Huraian mengenai Hadis di bawah :-

  
Budi perkerti yang dicipta Allah itu memang terlalu banyak sekali, dan di dalam Hadis ini dikatakan sebanyak tiga ratus lebih budi pekerti dan budi luhur, kesemuanya ada pada diri Rasulullah saw. Sebab itu kita dituntut oleh Al-Quran supaya mencontohi budi luhur junjungan kita Nabi Muhammad saw sekadar yang termampu. Kalau hendak mengambil semua sekali dari budi perkertinya, tentulah mustahil.Jadi masing-masing cubalah mencedok seberapa yang termampu sahaja.Itu pun sudah sangat baik.

Siti Aisyah r.a ketika ditanya orang tentang budi pekerti Nabi saw berkata : Budi pekertinya al-Quran, yakni semua yang tersebut di dalam al-Quran dari sifat-sifat yang mulia lagi terpuji.

Firman Allah swt di dalam al-Quran pula mengatakan bahawa, pada diri Rasulullah saw itu terdapat berbagai-bagai contoh tauladan yang baik,bagi siapa yang mengharapkan rahmat Allah di Hari Akhirat atau sebagainya.Jadi, kalau kita telah mempunyai satu sifat saja dari sifat-sifat itu dengan dua kalimah syahadat, iaitu tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, sudah ada harapan kita memasuki syurga. Demikian maksud dari Hadis di atas ini.

Tegasnya,orang itu mestiah seorang Muslim. Jadi budi pekerti yang baik itu tidak akan berguna, jika yang mensifatnya itu ialah seorang musyrik, kerana syirik itu merupakan dosa yang terbesar, yang tidak terampun lagi, yang mana dia juga akan menghalang segala macam balasan baik di akhirat.Kemudian budi pekerti yang baik itu seringkali berangkai, bila disifati yang satu akan menarik kepada yang lain, dan begitulah seterusnya.Tidak mungkin seorang yang sangat baik perilakunya itu, lalu dia suka berdusta, ataupun mengkhianati orang lain. Fahamkanlah baik-baik maksud dari Hadis ini !

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Dapatkan koleksi pakaian muslimah yang menepati syariat Islam dengan harga mampu milik. Muslimah Clothing Couture Your Labuh & Longgar Specialist.

    Blog : http://muslimahclothingcouture.blogspot.com/
    Facebook : https://www.facebook.com/muslimahclothing
    Twitter : https://twitter.com/MCCLabuhLonggar
    Website : http://muslimahclothing.com/
    Keek : https://www.keek.com/muslimahclothing

    Terima kasih. Kami Suka ! :)

    ReplyDelete