Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Tuesday, May 28, 2013

╚⊙ Gunung-Ganang Juga Bergerak ⊙╝

Gunung- ganang tidak diam kaku seperti yang kita lihat / Nampak. Ia sebenarnya bergerak. Pergerakan gunung-ganang ini disebabkan oleh gerakan dalam bumi kerak bumi. Seorang ilmuwan Jerman, Alfred Wegener ada menyatakan bahawa benua-benua pada hari ini, sebenarnya bersatu pada masa awal kejadian bumi. Namun dengan berlalunya masa, benua-benua tersebut kemudian bergeser kearah yang berbeza sehingga terpisah jauh antara satu dengan yang lain.

500 juta tahun dahulu, dataran bumi ini terbentuk satu gugusan daratan dan ia dinamakan sebagai Pangea yang terletak di Kutub Selatan. 80 juta tahun selepas itu pula, dianggarkan Pangea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut kearah yang berbeza-beza. Satu dari benua gergasi ini dipanggil Gondwana, yang meliputi Afrika, Antartika & India. Bahagian yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika Utara dan Asia. Lebih daripada 150 juta tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia berpecah-pecah pula kepada bahagian yang lebih kecil.

Semua benua yang timbul selepas penghanyutan dataran Pangea, bergerak secara konsisten di atas permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan kepada keseimbangan lautan dan daratan di bumi.Hakikatnya, Allah swt telah berfirman tentang pergerakan gunung yang bermaksud :-

“Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan, (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baik.Sesungguhnya Dia amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan”.[Surah al-Naml : 88]

Ayat ini menyatakan bahawa gunung-ganang ini sebenarnya bergerak. Namun mengapa kita tidak nampak dan merasainya? Hal ini kerana gunung ganang bergerak bersama-sama dengan bumi. Apabila bumi berputar, gunung-ganang juga bergerak. Oleh itu, kita tidak nampak dan merasai pergerakan gunung- ganang ini.

No comments:

Post a Comment