Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Friday, May 10, 2013

╚⊙ Menjadi Tetamu Rasulullah SAW ⊙╝

Abu Hafsh al-Haddad berkata, "Suatu ketika, aku berasa sangat lapar kerana sudah hampir 15 hari aku tidak menjamah makanan. Disebabkan terlalu lapar, aku mendekatkan perutku ke dingding makam Rasulullah saw sambil berselawat ke atas Baginda. Aku berkata : Ya Rasulullah, kenyangkanlah tetamumu ini, sesungguhnya dirinya terlalu lapar".

"Tiba-tiba aku terasa mengantuk dan tertidur. Aku melihat di dalam mimpiku yang Rasulullah saw datang dan memberikan kepadaku sekeping roti. Aku makan separuh daripada roti itu. Tiba-tiba aku tersedar daripada tidur kerana azan dilaungkan dan mendapati perutku terasa kenyang. Di tanganku masih berbaki separuh roti yang diberikan oleh Baginda Rasulullah saw di dalam mimpi".

No comments:

Post a Comment