Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Tuesday, July 23, 2013

☆_★ Hadith : Pahala Khusyuk Ketika Solat ☆_★

Diriwayatkan daripada Hazrat Ammar Bin Yasir r.a katanya, "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya apabila telah selesai mengerjakan solah, maka akan ditulis untuknya pahala sebanyak sepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga, seperdua daripada pahala solah (yang penuh)". - [HR Imam Abu Daud]


 Keterangan :-

Sebanyak mana tahap kekhusyukan dan keikhlasan dalam solat seseorang, maka sebanyak itulah ganjaran pahala yang akan diperoleh. Sesetengah orang mendapat sepersepuluh daripada ganjaran penuh, mengikut khusyuk dan khudunya dan sesetengah orang yang lain mendapat separuh. Begitulah sesetengah orang yang lain mendapat kurang daripada sepersepuluh dan ada juga yang mendapat lebih daripada separuh dan ada yang mendapat ganjaran penuh. Ada juga yang tidak mendapat ganjaran langsung kerana solatnya memang tidak layak mendapat sebarang ganjaran.

Disebutkan dalam sebuah hadith, bahawa Allah swt mempunyai satu alat ukuran khas untuk menghisab kekurangan yang terdapat dalam solat fardu. Disebutkan dalam banyak hadith bahawa khusyuk dalam solat adalah perkara pertama akan diangkat daripada manusia, sehingga tidak akan didapati seorang pun dalam satu jemaah yang bersolat dengan khusyuk. [Jami ul-Saghir]

No comments:

Post a Comment