Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Tuesday, July 16, 2013

ஜ Orang-Orang Yang Berpuasa Akan Disambut Oleh Malaikat Ridhwan Di Hari Kiamat ஜ

Disebutkan bahawa jika hari kiamat tiba, dan seluruh umat manusia di dalam kubur dibangkitkan dari kuburnya, maka Allah swt mewahyukan kepada malaikat Ridhwan sebagai berikut :-

"Sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu yang berpuasa dalam keadaan lapar dan dahaga. Sambutlah mereka dengan segala kenikmatan dan kelazatan yang ada dalam syurga".

Maka malaikat Ridhwan memanggil para jejaka dan anak-anak yang bilangannya lebih banyak dari titisan hujan, bintang-bintang di langit daun-daun pohon.Lalu mereka berdatangan sambil membawa talam yang terdiri dari cahaya yang gemerlapan, berisikan buah-buahan, makanan yang bersih lagi banyak serat, minuman-minuman yang lazat. Dihidangkan itu semua kepada mereka dengan penuh kehormatan, dan dengan ucapan : "Makan dan minumlah selazat-lazatnya, sebagai balasan bagi apa yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang lalu".



 CC: Dr.Mardiyah Syamsuddin. 

No comments:

Post a Comment