Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Friday, August 30, 2013

(。◕‿◕。) ADAKAH SUNTIKAN MEMBATALKAN WUDUK ?

Adakah suntikan sama ada untuk mengambil sampel darah atau memasukkan ubat membatalkan wuduk? Ringkasnya, suntikan tidak membatalkan wuduk dalam mazhab Syafie. Namun keluar darah memang salah satu perkara yang membatalkan wuduk menurut mazhab Hanafi.

Jika anda berpegang pada mazhab Syafie semata-mata, suntikan tidak membatalkan wuduk. Melainkan jika semasa penyuntikan berlaku sentuhan kulit antara dua jantina berlainan, maka batal wuduk tersebut. Bukan disebabkan suntikan tetapi sentuhan kulit semasa suntikan.

Menurut mazhab Syafie, terdapat 4 perkara yang membatalkan wuduk :-
1- Keluar sesuatu dari salah satu kemaluan.

2- Hilang akal.

3- Bersentuhan antara dua jantina lelaki dan perempuan.

4- Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan.

No comments:

Post a Comment