Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Saturday, September 21, 2013

✿‿✿ Bolehkah Kita Melakukan Ibadah Korban Untuk Arwah ??

Bolehkah kita melakukan ibadah korban untuk orang yang telah meninggal dunia? Ulama berbeza pandangan dalam isu ini. Para ulama mazhab Syafie tidak membolehkan ibadah korban untuk orang yang meninggal dunia tanpa wasiat daripadanya.Jika dilakukan, maka ibadah korban itu tidak sah.


Jika orang meninggal dunia itu pernah berwasiat agar dibuatkan korban untuknya, maka boleh dilakukan.Namun daging korban itu WAJIB disedekahkan keseluruhannya kepada fakir miskin. Pelaksana korban itu tidak boleh mengambil sedikit pun daripadanya.

Bagaimanapun, mazhab Hanafi dan Hanbali membolehkan ibadah korban yang pahalanya diniatkan untuk arwah biarpun tiada wasiat.Mazhab Maliki juga membolehkannya namun hukumnya makruh dan pahalanya tetap sampai kepada arwah.. Insya-Allah..

No comments:

Post a Comment