Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Saturday, November 2, 2013

☆_★ Penghuni Syurga Dan Neraka Telah Ditetapkan

Ali menceritakan, dia melihat Rasulullah saw naik ke atas mimbar, memuji Allah dan berkhutbah :

"Ada sebuah kitab yang didalamnya Allah tuliskan nama para penghuni dan nasab mereka secara rinci dan menyeluruh, tidak ada lagi tambahan atau pengurangan terhadap mereka hingga hari Kiamat.Para penghuni Syurga diakhiri dengan amal penghuni neraka, apa pun yang pernah dilakukan, dan ada kalanya orang yang berbahagia meniti jalan orang sengsara, hingga dikatakan, "Alangkah miripnya yang satu dengan yang lain". Siapa yang ditetapkan Allah sebagai orang yang berbahagia di dalam Ummul-Kitab, maka Allah tidak mengeluarkannya dari dunia hingga Dia membuatnya mengerjakan amal yang membuatnya bahagia sebelum kematiannya, meski jaraknya hanya seperti jarak di antara dua kali memerah susu, Kemudian beliau berkata, "Amal-amal itu berdasarkan kesudahannya,amal-amal itu berdasarkan kesudahannya, amal-amal itu berdasarkan kesudahannya". - [Direkodkan oleh at-Tobrani dalam Al-Ausath]



Inti Sari Khutbah :-
1- Allah sudah menetapkan ahli-ahli syurga dan neraka.

2- Allah berkuasa menetapkan setiap ahli syurga akan melakukan amalan yang membawanya ke syurga walaupun sepanjang hidupnya melakukan dosa.

3- Seorang yang ditetapkan sebagai ahli neraka akan melakukan dosa yang membawanya terhumban ke neraka pada akhir umurnya, sekali pun dia melakukan kebajikan pada seluruh hidupnya.

4- Usah ujub dengan amal ibadat yang dikerjakan seumur hidup.Kemungkinan seorang itu melakukan dosa di akhir usianya hingga membawanya ke neraka.

5- Jangan menghina seseorang atas dosa yang dilakukannya, mungkin di akan bertaubat pada penghujung hayatnya.Sebaliknya kecam dan benci sahaja kepada perbuatan yang berdosa itu.

6- Selain meningkatkan amal ibadat, dan meninggalkan maksiat, setiap orang Islam perlu berdoa bagi mendapat rahmat dan kasih sayang Allah agar ditempatkan di Syurga.

7- Seseorang itu tidak dimasukkan ke syurga kerana ibadahnya, atau dicampak ke neraka kerana dosanya.Sebaliknya rahmat Allah yang membawanya ke Syurga mahupun ke neraka.

8- Memberi isyarat kepada pelaku dosa-dosa agar terus berharap untuk bertaubat dan berusaha meninggalkan pekerjaan yang keji.

9- Sebagai motivasi kepada pendakwah agar tidak berputus asa mengajak manusia kepada agama Allah walau sebesar mana pun dosa yang dilakukannya.


CC:Khutbah Rasulullah Wasiat Agung Buat Umat Tercinta, Rohidzir Rais.

No comments:

Post a Comment