Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Friday, December 13, 2013

╚⊙ Bagaimana Beriman Kepada Malaikat? ⊙╝


1- Kita wajib percaya malaikat itu ada.

2- Kita beriman kepada malaikat yang kita ketahui namanya seperti Jibril, Mikail, Israfil dan juga kepada malaikat yang tidak diketahui nama mereka.Semua mereka itu,sama ada Allah sebutkan dalam al-Quran, ataupun Nabi Muhammad saw menceritakannya kepada kita.

3- Kita beriman kepada sifat-sifat malaikat yang diberitahu kepada kita dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi saw. Cukup dengan apa yang ada di dalam kedua-dua sumber itu, tidak perlu kita bertanya dan berfikir lebih-lebih tentang malaikat, sebab kita sendiri memang tidak pernah melihat malaikat.

Contohnya, Allah memberitahu kita dalam ayat 30 surah al-Muddaththir, neraka dijaga oleh 19 malaikat. Dalam ayat enam surah at-Tahrim pula Allah memberitahu sifat malaikat menjaga neraka itu adalah sangat kasar dan bengis.

Contoh lain lagi ialah seperti yang dilaporkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi saw pernah memberitahu kita, "Setiap pagi pasti ada dua malaikat turun ke dunia. Satu malaikat berdoa begini, "Ya Allah, berikanlah gantian yang baik kepada orang pemurah". Manakala satu lagi malaikat berdoa begini, "Ya Allah berikanlah kerugian kepada orang yang kedekut". - [Sahih Bukhari, Kitab Zakat, Bab Friman Allah Yang Bermaksud : 'Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan'... ayat 5-10 surah al-Lail].

Setiap malaikat tidak pernah cuai menjalankan tugas yang diberikan kepadanya. Mereka tidak pernah derhaka kepada perintah Allah, dan akan tetap menjalankan tugas dengan sempurna.Malah mereka sentiasa bertasbih menyucikan Allah.

Sebagai manusia, kita boleh tertidur, terlupa dan sebagainya. Kita boleh jadi mengabaikan tugas kita disebabkan oleh pelbagai perkara.Namun malaikat tidak pernah lupa ataupun cuai menjalankan tugas mereka. Allah ciptakan malaikat sesuai dengan tugas mereka.


No comments:

Post a Comment