Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Sunday, January 26, 2014

ஜ Akidah Syiah ஜ

Perkataan Syiah pada asalnya digunakan dengan makna "pengikut" atau "pembantu" seseorang seperti kata Az-Zubaidi dalam kitabnya Taj al-Arus : "Setiap kaum yang berkumpul bagi sesuatu tujuan maka mereka merupakan Syiah dan setiap orang yang menolong seseorang dan menyebelahinya maka ia disebut Syiah kepadanya".

 Syiah ialah golongan yang mendakwa Ali bin Abi Talib lebih utama daripada sahabat-sahabat Nabi saw yang lain dan mengkafirkan sebahagian besar sahabat.Ajaran Syiah ini pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam.Antaranya, seorang YAHUDI yang berpura-pura memeluk Islam bernama ABDULLAH BIN SABA'.

Abdullah Bin Saba' adalah seorang pendeta Yahudi berasal dari Yemen. Berpura-pura memeluk Islam di zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. Dia telah mencipta ajaran Syiah yang ekstrem sehingga menjadi punca berlakunya perpecahan umat Islam.

Dia pernah berkata yang ditujukan kepada Sayidina Ali r.a : "Engkaulah Allah". Maka Ali r.a telah mengisytiharkan bunuh terhadapnya tetapi ditegah oleh Ibnu Abbas, sebaliknya dihukum dengan membuangnya ke Madain (ibu negara Iran lama).

Dia adalah orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, Umar, Uthman serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait.

Penganut Syiah sering mengungkapkan kata-kata : "Salahkah kami mencintai Ahl al-Bait?" Kami menjawab : "Tidak salah kamu mencintai mereka, namun apa yang salahnya kamu mengkafirkan para sahabat Nabi saw yang lain!"

Imam al-Thahawi rahumahullah (wafat 321H) menegaskan : "Ahl al Sunah Waljamaah membenci orang yang membenci para sahabat Nabi saw, dan orang yang memanggil para sahabat Nabi saw dengan perkataan yang buruk, dan kita tidak memanggil para sahabat Nabi melainkan dengan perkataan baik.Mencintai mereka adalah sebahagian daripada agama, keimanan dan ihsan. Manakala membenci mereka adalah sebahagian daripada kekufuran, kemunafikan dan kezaliman". [Kitab Akidah al-Thahawiyah]

Lima perkara yang menjadi rukun kepercayaan golongan Syiah ialah :-

1- TAUHID : Allah itu Maha Esa.

2- 'ADALAH : Allah itu Maha Adil.

3- QIYAMAH : Allah akan membangkitkan manusia untuk pengadilan di hari Qiamat.

4- NUBUWWAH : Nabi dan Rasul yang maksum dilantik oleh Allah untuk mengajar dan membimbing manusia.Muhammad saw merupakan Nabi dan Rasul terakhir.

5- IMAMAH : Allah melantik orang yang tertentu sebagai pemimpin umat manusia. Umat manusia sentiasa ada seorang imam dan hanya seorang imam sahaja boleh wujud pada bila-bila masa. Sesetengah Rasul adalah imam. Contohnya Nabi Ibrahim a.s adalah Nabi, Rasul dan Imam. Tidak semua imam adalah Nabi atau Rasul. Contohnya Ali, bukannya seorang Nabi atau Rasul tetapi Imam.


*IMAN, BIL 23
 

No comments:

Post a Comment