Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Saturday, January 4, 2014

★ Keterangan Ayat 60 & 61 Surah Ar-Rahman ★

"Bukankah tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (juga)? Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah (wahai manusia dan jin) kamu dustakan?" - [ar-Rahman :60 & 61]

Keterangan :-
Hazrat Abdullah bin Abbas r.a meriwayatkan daripada Rasulullah saw bahawa maksud ayat di atas ialah, sesiapa yang diberi nikmat dapat mengucapkan Laa Ilaaha Illallaah di dunia ini maka tidak ada ganjaran yang lebih baik untuknya di akhirat melainkan syurga.

Hazrat Ikramah r.a juga meriwayatkan bahawa tidak ada ganjaran yang lain bagi seseorang yang mengucapkan Laa Ilaaha Illallaah melainkan syurga. Makna yang sama juga diriwayatkan daripada Hazrat Hasan r.a.



 *Maulana Muhammad Zakariya..

No comments:

Post a Comment