Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Thursday, February 6, 2014

Puding Karamel Susu [Tanpa Telur]



Bahan A (Karamel) :-
5 sudu makan gula
1/4 cawan air
[Kurangkan gula jika mahukan kurang manis]

Bahan B :-
300 ml susu cair
1 sudu makan susu pekat
1 sudu makan coffemate
1 cawan air
6 tali agar-agar (agar-agar tali)
1/2 penutup tudung esen vanila
Gula ikut cita rasa masing2..

Cara-Caranya :-
1-Sediakan karamel dengan masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan ia sehingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang (saya pilih loyang seperti bentuk puding di bawah). Sejukkan.

2- Masukkan agar-agar tali dan juga air ke dalam periuk.. biarkan ia sehingga agar-agar tadi hancur.Kemudian masukkan susu cair,susu pekat,esen vanila,gula dan juga coffemate.Kacau hingga gula hancur dan mendidih...(saya biarkan ia mendidih hampir 5 minit sambil kacau).

3- Kemudian tuangkan atas karamel yang telah dibuat tadi, dan masukkan ke dalam peti sejuk (bhgn atas tempat ice cube) dalam tempoh 45 minit.Kalau dah keras elok,terbalikkan atas pinggan dan boleh dimakan atau letakkan di dalam peti ais (bahagian bawah, bukan tempat sayur yer).

Selamat Mencuba..
Resepi saya ini telah memasuki Buku Resepi di facebook...

Kalau lihat di FB saya menggunakan susu dutch lady bersama susu cair, di sini saya hanya menggunakan susu cair sahaja.. Mengapa? Coz rasanya lebih berkrim... Well, terpulang nak cuba yang mana 1...

2 comments:

  1. Wah, namapk menyelerakan. Ada masa terluang nanti nak cubalah buat dengan family tercinta. Terima kasih.

    Punca Dan Tips Rawatan Bagi Demam Denggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan Mencuba..Sharing Is Caring..
      Welcome :)

      Delete